Kerajaan bersetuju membenarkan aktiviti latihan sukan bola sepak, tetapi ia harus dibuat tanpa bersentuhan.<br /><br />Dalam satu kenyataan, Kementerian Belia dan Sukan turut memaklumkan aktiviti yang dibenarkan ialah aktiviti kemahiran kendiri sukan berpasukan seperti bola keranjang, hoki dan sepak takraw tanpa melibatkan sentuhan fizikal.<br /><br />Aktiviti sukan bola sepak, bola keranjang, hoki dan sepak takraw dibenarkan hanya dilakukan secara latihan kemahiran kendiri (tanpa aktiviti bersentuhan).
